Friday, October 29, 2010

RUMUSAN KULIAH


Assalamualikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Kini telah tiba waktu perpisahan antara semua pelajar SMP 2252 Muzik Tradisional. Saya yakin dan percaya pasti ramai yang akan merindui setiap kenangan semasa berada dalam kelas ini. Mengimbas kembali semua pelajaran yang dipelajari dapatlah saya kategorikan mengikut minggu iaitu:
  1. Minggu 1, membangunkan weblog
  2. Minggu 2, Soundscapes
  3. Minggu 3, Ciri - ciri muzik tradisional Malaysia
  4. Minggu 4, Jenis Wayang Kulit
  5. Minggu 5, Gamelan dan Caklempong
  6. Minggu 6, Makyung dan Kompang
  7. Minggu 7, Pembentangan Kumpulan ( Keroncong dan Kuda Kepang )
  8. Minggu 8, Pembentangan Menora
  9. Minggu 9, Pembentangan Mak Yong
  10. Minggu 10, Pembentangan ( Nobat dan Orkestra Cina Moden )
  11. Minggu 11, Wayang Kulit
  12. Minggu 12, Boria
  13. Minggu 13, Gendang 24 Musim
  14. Minggu 14, Tarian Singa

Pada saya, kesemua kumpulan telah membentangkan setiap tugasan yang diberi dengan penuh semangat dan bersungguh - sungguh. Kandungan isi pelajaran yang telah disusun atur oleh En Amran bagi saya amat bersesuaian dan mudah difahami. Walaubagaimanapun, terdapat sedikt bebanan yang perlu ditanggung oleh semua pelajar iaitu setiap minggu terdapat 2 tugasan wajib yang perlu diselesaikan iaitu refleksi jurnal dan kuiz. Bagi saya ini amat meletihkan dan mengambil banyak masa namun semua itu bukanlah pengahalang bagi sesiapa yang ingin berjaya. Sebagai contohnya, jika sebelum ini ramai yang buta teknologi berkaitan blog tetapi telah mendapat ilmu yang amat bermanfaat dari En Amran yang mana keseluruhan pelajar mempunyai blog individu sendiri dan ini amat membanggakan. Syabas dan tahniah kepada En Amran dan semua rakan - rakan.


Secara jujurnya, subjek muzik tradisional ini telah membantu saya untuk berfikir dengan lebih kritikal kerana saya terpaksa untuk melihat sesuatu muzik itu dari pelbagai sudut. Jika sebelum ini sesorang yang buta seni pasti akan menjadi peka terhadap seni muzik disebabkan muzik itu mempunyai nilai estetika yang tinggi.

Sebagai kesimpulannya, saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada En Amran dan rakan - rakan semua atas bantuan yang diberikan. Di harapkan kesemua pelajar dapat menguasai setiap pelajaran yang telah diajarkan kepada kita agar mudah dan mampu untuk menjawab exam yang bakal tiba serta mendapatkan keputusan yang cemerlang.
Teruskan Membaca...

MINGGU 14 : REFLEKSI JURNAL


Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Pada kuliah yang terakhir ini, kami telah mempelajari berkaitan dengan tarian singa dan ini merupakan pelajaran yang amat penting kerana berkemungkinan besar akan keluar dalam exam. Tarian singa ini dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang Asia terutamanya bagi mereka yang berketurunan cina. Sejarah tarian singa ini telah bermula lebih 1000 tahun dahulu. Terdapat dua jenis tarian singa yang popular iaitu "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa Selatan".

Tarian singa ini telah dibawa masuk ke Malaysia pada abad ke-19 melalui penghijrahan masyarakat cina dari Tanah Besar Cina. Pada kebiasaannya, tarian singa ini dipersembahkan ketika menyambut perayaan haru Tahun Baru Cina. Tarian Cina ini diiringi oleh paluan gendang tagu cina dan simbal serta memerlukan keberanian dan penataan gerak tarian yang tepat diantara penari - penarinya.

Tarian Singa Selatan. Lebih membawa perlambangan alam sekitar dan selalu dipersembahkan sebagai istiadat upacara membuang semangat jahat dan upacara meminta tuah. Terdiri daripada sehelai kain yang dicat berwarna hitam, merah, putih hijau dan biru. Pada kain itu akan diletakkan loceng kecil serta mempunyai mata yang lebih besar daripada Singa Utara dan mempunyai cermin serta sebatang tanduk di hadapan kepalanya. Singa akan mengembara mencari makanan dalam keadaaan sedih, gembira dan marah. Diakhir tarian singa ini, singa akan memakan sayur hijau dan mendapatkan angpow yang diikat pada sebatang buluh.

Tarian Singa Utara. Tarian ini digunakan sebagai upacara hiburan diraja. Kostum singa utara menggunakan warna merah. jingga dan kuning yang mana hijau adalah kostum bagi singa betina. Gerak tarinya lebih bersifat akrobatik dan bertujuan untuk hiburan. Alat muzik yang digunakan ialah Luo Gu_Gong dan Gendang.

Teruskan Membaca...

Tuesday, October 26, 2010

MINGGU 12 : REFLEKSI JURNAL

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

pada minggu ini, kuliah muzik tradisional malaysia adalah berkenaan dengan Gendang 24 musim yang telah diasaskan oleh seorang guru muzik iaitu Encik Chen Wei Chong di Johor Bharu pada 12 Jun 1988. Alat muzik yang digunakan telah di import atau dibeli dari negara China. Muzik ini adalah berasaskan satu musim pertanian di negara China dan nama musim tersebut ditulis pada gendang dengan kaligrafi cina.

Secara amnya musim dikategorikan dalam empat musim utama iaitu musim bunga, musim panas, musim gugur dan musim dingin. Empat musim ini akan dibahagikan kepada 6 musim kecil. Musim kecil ini ada kaitan dengan jadual pekerjaan petani di negara China. Gaya persembahan gendang 24 musim ini dipenuhi dengan keunikan yang tersendiri. Semasa persembahan, pemain dram akan memakai kostum tradisional lelaki cina. Mereka juga menggunakan prop lain seperti topeng, bendera berwarna warni dan kain panjang berwarna. Persembahan ensembel ini tidak terhad kepada perayaan besar kaum cina sahaja, malahan turut dipersembahkan dalam majlis - majlis rasmi kerajaan.

Alat muzik yang digunakan dalam persembahan gendang 24 musim ini adalah 24 buah gendang shigu iaitu dram tarian singa. Terdapat juga persembahan yang menggunakan gendang longgu. Kedua - dua gendang ini hampir sama dan merupakan gendang besar berbentuk tong. Gendang ini mempunyai satu muka kulit kerbau atau lembu pada bahagian atas yang dipaku pada bahan kayu dengan paku besi. Di dalam gendang ini terdapat beberapa dawai besi seperti spring yang memberikan waran ton istimewa. Gendang ini diletakkan di atas rak kayu berkaki empat. Muka kulit gendang dipukul dengan menggunakan dua pemukul kayu.



Teruskan Membaca...

MINGGU 11 : REFLEKSI JURNAL

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Tanpa disedari masa terlalu berlalu dengan pantasnya dengan meninggalkan pelbagai kenangan suka duka dalam mempelajari muzik tradisional ini. Pada minggu ini iaitu minggu ke 11, tibalah masa yang dinanti - nanti oleh semua ahli kumpulan kami kerana kami akan membentangkan hasil kajian lapangan kami yang berkaitan dengan wayang kulit. Kami mempunyai ahli seramai 6 orang dan kesemua kami telah berusaha dengan sedaya upaya untuk mendapatkan keputusan dan hasil kajian yang sangat memuaskan dalam mengenali dan mengkaji wayang kulit ini. Sebagai makluman, kami telah pergi ke ASWARA untuk membuat kajian lapangan dan bertemu dengan seorang tok dalang yang tidak asing lagi iaitu Pak Nasir yang berasal dari Kelantan.

Ketika berada di ASWARA, kami mengambil kesempatan untuk bertanya dengan lebih dekat lagi berkaitan dengan wayang kulit dan ternyata ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh Pak Nasir amat banyak dan beliau dengan mudah menjawab segala persoalan yang kami ajukan. Buat pengetahuan semua, kami telah membahagikan tugasan - tugasan tertentu berkaitan dengan wayang kulit. Sebagai contohnya, saya telah mendapat tugasan berkaitan dengan wayang kulit melayu manakala yang 5 lagi menerangkan mengenai wayang kulit Kelantan, Gedek dan Jawa.

Pada hari pembentangan kami, kami telah meminta bantuan daripada staff - staff seni muzik untuk membuat demonstrasi wayang kulit sebelum bermulanya sesi pembentangan dari kumpulan kami. Secara jujurnya, kami berasa sangat terkejut dan bangga kerana staff - staff tersebut berjaya mendemonstrasikan wayang kulit dengan amat baik sekali. Syabas dan tahniah diucapakn kepada mereka dan setinggi - setinggi perhagaan kami ucapakan kerana sudi membantu kumpulan kami.

sekiranya rakan - rakan mempunyai permasalahan berkaitan dengan wayang kulit, rakan - rakan semua bolehlah melayari blog kumpulan kami iaitu http://wayangkulitsmp2252.blogspot.com/
Teruskan Membaca...

Monday, October 25, 2010

MINGGU 10 : JURNAL REFLEKSI

Masa berlalu dengan pantasnya, tanpa disedari kita telah sampai pada Minggu ke 10. Pada minggu ini kami telah menyaksikan pembentangn daripada kumpulan Orkestra Cina Moden. Persembahan mereka sangat menarik kerana kami dapat menyaksikan sendiri kajian lapangan mereka ke tempat orkestra cina dengan alat muzik yang sangat unik.

Sejarah awal muzik cina. Bangsa cina memiliki kekayaan budaya muzik yang telah wujud dan berkembang sejak zaman dahulu lagi. Hal ini dapat dibuktikan dengan penemuan alat muzik yang dikenali sebagai "Jiahu" yang merupakan alat muzik tertua didunia dan diperbuat daripada tulang binatang kira - kira 7000 tahun S.M. Selain itu, muzik juga menjadi elemen penting dalam upacar ritual tradisional selama Dinasti Shang (1550-1111 SM) dan mencapai kegemilangannya dalam Dinasti Zhou (1111-22 SM) kerana mengalami perkembangan alat perkusi atau genderang yang banyak digunakan ketika itu. Sekitar abad ke 19, tradisi muzik cina mulai terpengaruh dengan tradisi muzik Eropah. Mereka mulai diperkenalkan dengan alat muzik barat, orkestra simfoni dan konsert opera barat. Banyak pertunjukkan mulai di buat di Cina sehingga masyarakat cina membuat modenisasi dalam muzik mereka.

Alat muzik orkestra cina moden terdiri daripada 4 bahagian utama dan dikategorikan mengikut cara mereka bermain. Bahagian tersebut ialah:
  1. Bowed strings - bermain dengan cara gesekan
  2. Plucked strings - bermain dengan cara petikan
  3. Woodwinds - alat tiup kayu
  4. Percussion
Orkestra cina moden atau dikenali sebagai "Hua Yue Tuan" menggabungkan elemen cina dan barat. Orkestra ini menggunakan gubahan lagu - lagu tradisional cina dan lagu rakyat melayu yang segar dan baru menggunakan sistem harmoni barat menampilkan muzik komtemporari menciptakan identiti rakyat Malaysia. Muzik cina dibina menggunakan sistem harmonik yang benar - benar konsisten dan bertindak mengawal perkembangan melodi, pergerakan kord serta sistem orkestra mereka.

Sebagai kesimpulannya, orkestra cina moden ini popular dalam kalangan penduduk cina di Malaysia kerana mempunyai bunyi muzik moden namun masih mengekalkan karekternya. Sesiapa sahaja mampu mengenal karektaer bunyinya.
Teruskan Membaca...
 

smp2252 Azirul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template