Friday, October 29, 2010

RUMUSAN KULIAH


Assalamualikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Kini telah tiba waktu perpisahan antara semua pelajar SMP 2252 Muzik Tradisional. Saya yakin dan percaya pasti ramai yang akan merindui setiap kenangan semasa berada dalam kelas ini. Mengimbas kembali semua pelajaran yang dipelajari dapatlah saya kategorikan mengikut minggu iaitu:
  1. Minggu 1, membangunkan weblog
  2. Minggu 2, Soundscapes
  3. Minggu 3, Ciri - ciri muzik tradisional Malaysia
  4. Minggu 4, Jenis Wayang Kulit
  5. Minggu 5, Gamelan dan Caklempong
  6. Minggu 6, Makyung dan Kompang
  7. Minggu 7, Pembentangan Kumpulan ( Keroncong dan Kuda Kepang )
  8. Minggu 8, Pembentangan Menora
  9. Minggu 9, Pembentangan Mak Yong
  10. Minggu 10, Pembentangan ( Nobat dan Orkestra Cina Moden )
  11. Minggu 11, Wayang Kulit
  12. Minggu 12, Boria
  13. Minggu 13, Gendang 24 Musim
  14. Minggu 14, Tarian Singa

Pada saya, kesemua kumpulan telah membentangkan setiap tugasan yang diberi dengan penuh semangat dan bersungguh - sungguh. Kandungan isi pelajaran yang telah disusun atur oleh En Amran bagi saya amat bersesuaian dan mudah difahami. Walaubagaimanapun, terdapat sedikt bebanan yang perlu ditanggung oleh semua pelajar iaitu setiap minggu terdapat 2 tugasan wajib yang perlu diselesaikan iaitu refleksi jurnal dan kuiz. Bagi saya ini amat meletihkan dan mengambil banyak masa namun semua itu bukanlah pengahalang bagi sesiapa yang ingin berjaya. Sebagai contohnya, jika sebelum ini ramai yang buta teknologi berkaitan blog tetapi telah mendapat ilmu yang amat bermanfaat dari En Amran yang mana keseluruhan pelajar mempunyai blog individu sendiri dan ini amat membanggakan. Syabas dan tahniah kepada En Amran dan semua rakan - rakan.


Secara jujurnya, subjek muzik tradisional ini telah membantu saya untuk berfikir dengan lebih kritikal kerana saya terpaksa untuk melihat sesuatu muzik itu dari pelbagai sudut. Jika sebelum ini sesorang yang buta seni pasti akan menjadi peka terhadap seni muzik disebabkan muzik itu mempunyai nilai estetika yang tinggi.

Sebagai kesimpulannya, saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada En Amran dan rakan - rakan semua atas bantuan yang diberikan. Di harapkan kesemua pelajar dapat menguasai setiap pelajaran yang telah diajarkan kepada kita agar mudah dan mampu untuk menjawab exam yang bakal tiba serta mendapatkan keputusan yang cemerlang.

6 comments:

SMP 2252 NURUL HANA on October 30, 2010 at 6:30 AM said...

semoga apa yang diperolehi sepanjang kuliah muzik tradisional minggu 1 - 14 dapat dimanfaatkan sama ada dalam peperiksaan mahupun di masa akan datang. selamat maju jaya.sama-sama kita skor untuk final exam

SMP2252 EDDIE on October 30, 2010 at 7:05 AM said...

sama-sama kita manafaatkan ilmu yang telah kita perolehi melalui subjek ini.. Bukan sahaja untuk skor dalam peperiksaan malah untuk panduan kita apabila bergelar seorang pendidik kelak..

~cikshue~ on October 30, 2010 at 7:44 AM said...

Diharapkan agar anda terus mempelajari muzik kerana muzik adalah sebahagian daripada hidup kita~

gEneRasi AnaK sAmaH on October 30, 2010 at 8:19 AM said...

Nurul Hana: InsyAllah. Semoga semua kita berjaya mendapatkan keputusan yang setimpal dengan apa yang kita usahakan.

Eddie: Betul tu, muzik juga boleh kita jadikan sebagai ABM kelak.

SHUE: InsyAllah. Kalau ada kesempatan akan dilanjutkan juga pengajian muzik ini.

SMP2252 ASHARI on October 30, 2010 at 9:03 AM said...

Menarik Rul. Ringkas,padat dan ilmiah..

smp2252azirul on October 30, 2010 at 9:09 AM said...

Ashari: Terima kasih kerana komen.

Post a Comment

 

smp2252 Azirul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template