Tuesday, August 17, 2010

MINGGU 5 : REFLEKSI JURNAL

Assalamualiakum w.b.t

Pada minggu kelima ini kami telah mempelajari tentang Gamelan dan Caklempong. Pada pembelajaran kali ini saya berasa sangat teruja disebabkan dapat mencuba dan memainkan alat muzik gamelan bersama - sama rakan. Pengalaman meneyntuh dan bermain Gamelan merupakan kenangan yang terindah. Terdapat tiga aspek penting dalam mempelajari muzik gamelan iaitu sejarah dan jenis gamelan, alat muzik gamelan dan sistem tonal, melodi, bentuk dan tekstur. Gamelan berasal daripada jawa yang memberikan maksud dipukul atau ditabuh. Hal ini kerana muzik gamelan terdiri daripada gong dan kemudiannya bertambah mengikut peredaran zaman.

Terdapat dua jenis gamelan iaitu gamelan jawa dan gamelan melayu. Gamelan jawa berasal dari jawa tengah yang dibawa oleh orang jawa ketika penjajahan eropah. Gamelan melayu juga dikenali sebagai gamelan Terengganu dan dimainkan apabila adanya upacara perkahwinan, majlis rasmi diraja dan antara lagu gamelan melayu yang popular ialah timang burung, lambang sari, togok dan perang monggok.




Caklempong pula berasal daripada Minangkabau dan dibawa masuk ke Negeri Sembilan. Muzik ini biasanya dimainkan ketika berlangsungnya acara perkahwinan dan pencak silat. Alat yang dimainkan dalam caklempong ini iailah bonang yang merupakan sejenis alat muzik menyerupai gong namun saiznya lebih kecil dari gong. Greteh merupakan alat muzik yang utama dan merupakan 15 bonang - bonang yang disusun dalam satu set mengikut tangga nada.

Sauwa pula mempunyai persamaan dengan tingkah kerana ia juga memiliki lapan bonang dalam saru set atau satu papan. Terdapat juga alatan muzik dari jenis tiupan iaitu bangsi dan serunai Bangsi sejenis alat muzik yang seakan - akan rekoder diperbuat daripada buluh yang mempunyai tujuh lubang jari untuk menghasilkan nada yang sepadan dengan Greteh. Serunai pula diperbuat daripada tanduk dan hanya mempunyai tiga lubang.




Kesimpulannya, saya amat meminati muzik gamelan dan caklempong dan mengharapkan dapat berpeluang lagi untuk bermain muzik gamelan.
Teruskan Membaca...
 

smp2252 Azirul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template