Tuesday, August 3, 2010

MINGGU 3 : REFLEKSI JURNAL3

Assamualaikum w.b.t

Pada minggu ini kami mempelajari kaedah klasifikasi muzik tradisional Malaysia, kategori muzik tradisional Malaysia dan ciri-ciri muzik tradisional Malaysia. Setiap minggu kami diberikan informasi - informasi berkaitan muzik tradisional Malaysia dan ini telah menarik minat ramai pelajar untuk mendalami dan memahami dengan lebih mendalam berkaitan muzik tradisional ini. Pada minggu ke 3 ini saya telah dapat mengetahui serba sedikit berkaitan dengan perspektif adaptasi dan idiosinkretik. Apa yang saya faham berkaitan perspektif adaptasi ialah berkaitan dengan kaedah penyesuaian yang mana alat muzik adalah disesuaikan dengan faktor persekitaran yang bertindak balas mengikut keadaan ekologi. Adaptional ialah berorganik atau benda yang sentiasa hidup dan ia dipengaruhi oleh budaya setempat dan juga menerima pengaruh muzik daripada luar. Manakala idiosinkretik pula ialah cara sesuatu tempat, kawasan dan negeri masing itu untuk mengekalkan budaya mereka tanpa mengubah ciri - ciri asal mereka.

Saya juga dapat mengetahui tentang ciri - ciri utama dalam muzik tradisional dan dibahagikan kepada dua iaitu tradisi besar dan tradisi kecil. Tradisi besar dapat saya huraikan sebagai budaya klasik dalam istana yang mana ianya banyak di mainkan oleh golongan sultan dan pembesar - pembesar raja. Tradisi kecil pula ialah budaya golongan masyarakat yang dimainkan oleh rakyat. Selain itu juga, terdapat enam ciri utama dalam muzik tradisional Malaysia iaitu bentuk seni lakon utama, bentuk tarian utama, ensembel genderang, vokal dan instrumental solo, ensembel sosial popular dan ensembel lain.

Pada kali ini saya akan mengetengahkan mengenai "Tarian Mak Yong". Mak Yong merupakan sejenis tarian melayu Tradisional. Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan,muzik vokal dan instrumental,lagu,cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama Mak Yong ini popular dinegeri Terengganu,Patani,Kedah serta Perlis. Mak Yong diasakan di Kerajaan Pattani yang kini merupakan sebahagian daripada Thailand. Oleh kerana ia di warisi secara lisan dikalangan kampung, usia sebenar Mak Yong tidak dapat dipastikan.

Sebagai kesimpulannya, melalui pembelajaran berkaitan muzik tradisional Malaysia ini telah membuka mata ramai pelajar tentang akan pentingnya mengetahui dan mempelajari muzik tradisional ini agar ia dapat diekalkan sebagai sebuah warisan yang gemilang.




Teruskan Membaca...
 

smp2252 Azirul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template