Tuesday, October 26, 2010

MINGGU 12 : REFLEKSI JURNAL

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

pada minggu ini, kuliah muzik tradisional malaysia adalah berkenaan dengan Gendang 24 musim yang telah diasaskan oleh seorang guru muzik iaitu Encik Chen Wei Chong di Johor Bharu pada 12 Jun 1988. Alat muzik yang digunakan telah di import atau dibeli dari negara China. Muzik ini adalah berasaskan satu musim pertanian di negara China dan nama musim tersebut ditulis pada gendang dengan kaligrafi cina.

Secara amnya musim dikategorikan dalam empat musim utama iaitu musim bunga, musim panas, musim gugur dan musim dingin. Empat musim ini akan dibahagikan kepada 6 musim kecil. Musim kecil ini ada kaitan dengan jadual pekerjaan petani di negara China. Gaya persembahan gendang 24 musim ini dipenuhi dengan keunikan yang tersendiri. Semasa persembahan, pemain dram akan memakai kostum tradisional lelaki cina. Mereka juga menggunakan prop lain seperti topeng, bendera berwarna warni dan kain panjang berwarna. Persembahan ensembel ini tidak terhad kepada perayaan besar kaum cina sahaja, malahan turut dipersembahkan dalam majlis - majlis rasmi kerajaan.

Alat muzik yang digunakan dalam persembahan gendang 24 musim ini adalah 24 buah gendang shigu iaitu dram tarian singa. Terdapat juga persembahan yang menggunakan gendang longgu. Kedua - dua gendang ini hampir sama dan merupakan gendang besar berbentuk tong. Gendang ini mempunyai satu muka kulit kerbau atau lembu pada bahagian atas yang dipaku pada bahan kayu dengan paku besi. Di dalam gendang ini terdapat beberapa dawai besi seperti spring yang memberikan waran ton istimewa. Gendang ini diletakkan di atas rak kayu berkaki empat. Muka kulit gendang dipukul dengan menggunakan dua pemukul kayu.



0 comments:

Post a Comment

 

smp2252 Azirul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template