Sunday, October 3, 2010

MINGGU 9: REFLEKSI JURNAL

Assalamualikum dan salam sejahtera serta salam aidilfitri. Pada minggu ke sembilan ini saya telah berkesempatan untuk mempelajari serba sedikit berkaitan dengan Mak Yong. T. Akierdapat pelbagai pendapat mengenai kedatangan muzik mak yong antaranya ialah lagenda yang biasanya dikaitkan dengan semangat padi yang bertujuan untuk menghormati,memuja, mengubati penyakit dan tanda kesyukuran apabila mendapat hasil tuaian padi. Mak Yong juga dikatakan berasal dari kisah dua orang adik beradik yang berkerja sebagai penjaga lembu. Kisah ini bermula apabila dua adik beradik ini merasa terpesona dengan tiupan angin yang lemah lembut ke atas pokok kayu disekitar padang itu. Gaya tarian dalam Mak Yong ini dihasilkan melalui gerak geri dahan, liuk lintuk ranting, serta gaya daun luruh yang berguguram ke bumi.

Sesuatu persembahan Mak Yong itu dimulakan dengan lagu "mengadap Rebab" diikuti dengan tarian, lakonan dan muzik dan ianya dilakukan dipanggung terbuka yang berlatarkan daun kelapa. Mak Yong mengalami kejatuhan apabila berlakunya kemerosotan nilai moral penari - penari seperti berlakunya perkara sumbang dengan penonton serta penceraian yang berlaku. Mak Yong terbahagi kepada 7 jenis iaitu:

1) Mak Yong Patanu
2) Mak Yong Kelantan
3) Mak Yong Kedah
4) Mak Yong Laut
5) Mak Yong Riau
6) Mak Yong Medan
7) Mak Yong Kalimantan

Alat muzik yang dimainkan dalam Mak Yong ialah rebab tiga tali, sepasang gendang, tetawak, canang, kesi dan serunai. Kostum bagi Makyong dan Pakyong ialah berbaju sempit, seluar diperbuat daripada kain satin yang dipadankan dengan kain samping labuh. Bahagian dada pula dihiasi sibar layang atau manik halus berwarna warni.

Secara keseluruhannya, muzik Mak Yong ini amat menarik dan diharapak ianya terus berkemabng agar tidak dilupakan pada generasi akan datang.
Teruskan Membaca...
 

smp2252 Azirul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template