Tuesday, October 26, 2010

MINGGU 11 : REFLEKSI JURNAL

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Tanpa disedari masa terlalu berlalu dengan pantasnya dengan meninggalkan pelbagai kenangan suka duka dalam mempelajari muzik tradisional ini. Pada minggu ini iaitu minggu ke 11, tibalah masa yang dinanti - nanti oleh semua ahli kumpulan kami kerana kami akan membentangkan hasil kajian lapangan kami yang berkaitan dengan wayang kulit. Kami mempunyai ahli seramai 6 orang dan kesemua kami telah berusaha dengan sedaya upaya untuk mendapatkan keputusan dan hasil kajian yang sangat memuaskan dalam mengenali dan mengkaji wayang kulit ini. Sebagai makluman, kami telah pergi ke ASWARA untuk membuat kajian lapangan dan bertemu dengan seorang tok dalang yang tidak asing lagi iaitu Pak Nasir yang berasal dari Kelantan.

Ketika berada di ASWARA, kami mengambil kesempatan untuk bertanya dengan lebih dekat lagi berkaitan dengan wayang kulit dan ternyata ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh Pak Nasir amat banyak dan beliau dengan mudah menjawab segala persoalan yang kami ajukan. Buat pengetahuan semua, kami telah membahagikan tugasan - tugasan tertentu berkaitan dengan wayang kulit. Sebagai contohnya, saya telah mendapat tugasan berkaitan dengan wayang kulit melayu manakala yang 5 lagi menerangkan mengenai wayang kulit Kelantan, Gedek dan Jawa.

Pada hari pembentangan kami, kami telah meminta bantuan daripada staff - staff seni muzik untuk membuat demonstrasi wayang kulit sebelum bermulanya sesi pembentangan dari kumpulan kami. Secara jujurnya, kami berasa sangat terkejut dan bangga kerana staff - staff tersebut berjaya mendemonstrasikan wayang kulit dengan amat baik sekali. Syabas dan tahniah diucapakn kepada mereka dan setinggi - setinggi perhagaan kami ucapakan kerana sudi membantu kumpulan kami.

sekiranya rakan - rakan mempunyai permasalahan berkaitan dengan wayang kulit, rakan - rakan semua bolehlah melayari blog kumpulan kami iaitu http://wayangkulitsmp2252.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment

 

smp2252 Azirul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template