Tuesday, July 27, 2010

MINGGU 2 : REFLEKSI JURNAL


Setiap masyarakakat mempunyai muzik tradisional mereka tersendiri yang melambangkan sesuatu jati diri serta kebudayaan mereka miliki disamping terdapatnya nilai estetika dalam suatu seni muzik itu. Melalui pembelajaran muzik tradisonal ini saya yakin dan percaya bahawa lebih banyak lagi ilmu – ilmu baru berkaitan dengan muzik akan saya pelajari dan ini telah menarik minat saya agar mempelajarinya dengan lebih mendalam. Sebelum ini saya amat jarang mendengar muzik – muzik tradisonal dan ini menyebabkan saya kurang meminati muzik tradisonal serta kurang penghayatan dan tidak mengetahui nilai – nilai estetika dalam muzik tradisional itu sendiri. Setelah memasuki kelas muzik tradisional ini, saya telah mengetahui serba sedikit berkaitan dengan muzik tradisional dan ia banyak membantu saya untuk meningkatkan penghayatan terhadap muzik tradisional. Jika sebelum ini saya tidak mengetahui istilah, sejarah dan kategori sesuatu muzik telah menyebabkan saya tidak dapat mentafsir dan menentukan jenis – jenis muzik serta alat yang digunakan namun setelah selesai minggu kedua saya telah dapat memahami dengan lebih mendalam selepas penerangan yang di berikan oleh Encik Amran. Muzik tradisional yang saya anggap biasa sebelum ini sudah mula dianggap luar biasa kerana nilai – nilai estetika yang terdapat dalam muzik itu mampu menarik minat saya serta orang lain yang tidak tahu mengenai muzik itu sendiri.

Pada penglihatan saya, muzik merentasi adat dan budaya selain menggambarkan kepelbagaian masyarakat di Negara ini seperti Melayu, Cina, India termasuk etnik orang asli dan pribumi Sabah dan Sarawak. Penciptaan alat muzik tradisional dizahirkan melalui pemerhatian terhadap alam sekeliling dan dicipta menggunakan alam semula jadi seperti buluh, batu, tumbuh – tumbuhan dan tulang dibentuk menjadi peralatan bunyi – bunyian. Kepelbagaian alat muzik tradisional menggambarkan bahawa masyrakat majmuk di Malaysia mempunyai banyak khazanah seni. Sebagai contohnya, di negeri Sabah terdapat seni muzik tradisionalnya tersendiri iaitu “ Bertitik”. Betitik adalah salah satu kebudayaan suku kaum bajau sama dan dimainkan oleh hampir keseluruhan kaum Bumiputera di Sabah. Cara, irama dan melodi betitik adalah berbeza daripada satu daerah ke daerah lain. Namun, peralatan yang digunakan adalah sama iaitu Kulintangan dan cuma corak atau pembuatan kulintangannya sahaja berbeza iaitu diperbuat daripada gangsa ataupun perunggu. Alat – alat betitik ini terdiri daripada “Tawak, “Bandil”, “Kulintangan” dan “Gandang.” Terdapat enam orang pemain dikehendaki untuk memainkan alat – alat betitik ini, masing – masing dua orang untuk Tawak, seorang untuk Bandil, seorang untuk Kulintangan dan dua orang Gandang. Pada kebiasaannya pemain – pemain betitik ini terdiri daripada golongan yang agak berusia dan yang telah lanjut umur. Betitik ini lazimnya di mainkan ketika upacara kenduri kahwin.

Diharapkan dengan adanya kursus SMP2252 muzik tradisional ini akan mampu mencelikkan mata dan membuka minda para penuntut Universiti dan orang ramai tentang kepentingan menjaga,mengekalkan,mempelajari dan seterusnya mengkaji muzik tradsional ini agar khazanah warisan turun temurun tidak hapus dimuka bumi.








Teruskan Membaca...
 

smp2252 Azirul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template