Tuesday, September 28, 2010

MINGGU 8 : REFLEKSI JURNAL

Pada minggu ke 8, telah membincangkan mengenai muzik dramatari iaitu menora.Pada saya, persembahan atau pembentangan kali ini sangat menarik kerana saya langsung tidak mempunyai ilmu dan kefahaman berkaitan muzik menora sebelum ini. Di kesempatan ini juga saya berpeluang untuk mengambil isi - isi penting berkaitan dengan muzik menora.

Mengikut kumpulan yang membentangkan mengenai muzik menora ini dapat saya ketahui bahawa muzik menora ini berasal dari Songkla, Thailand. Menora begitu popular di wilayah - wilayah selatan Thailand dan sehingga kini ianya masih di mainkan dan sangat aktif terutamanya di kawasan Tumpat dan Bachok Kelantan. Cerita dalam menora ini adalah berasaskan cerita Puteri Sri Mala. Menora di mainkan mengikut cara Buddha di istana dan mempunyai bacaan mantera serta ianya banyak dimainkan di kuil sebagai acara keagamaan.

Sebelum memulakan persembahan, pemimpin kumpulan itu akan mengadakan acara persembahan yang bertujuan untuk mendapatkan perlindungan keselamatan ketika menjalankan persembahan. Apabila tamatnya upacara persembahan, nyanyian daripada pelakon lelaki dan perempuan dimulakan dan nyayian itu adalah bersandarkan kepada cerita yang ingin dipersembahkan. Nyanyian dimulakan oleh pelakon perempuan dan diikuti oleh pelakon lelaki. Nyanyiannya lambat dan saling sambut menyambut. Kedua - dua pelakon itu berada dibelakang tirai dan pada masa ini muzik di mainkan mengiringi kedua - dua penyanyi itu. Persembahan muzik menora ini di akhiri dengan nyanyian dan tarian hingga tamatnya cerita itu.

Di akhir pembentangan itu, saya telah mendapat berbagai - bagai sumber maklumat yang amat berguna. Di harap semua kumpulan dapat membentangkan kerja mereka dengan baik seperti kumpulan M.I.N.D.A

0 comments:

Post a Comment

 

smp2252 Azirul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template