Thursday, August 26, 2010

MINGGU 7 : REFLEKSI JURNAL

Assalamualaikum w.b.t

Syukur kepada Tuhan yg Esa, pada minggu 7 ini kami telah menjalankan satu tugasan yang diberikan oleh pensyarah En Amran dan di arahkan untuk membentangkan hasil kajian yang diperolehi. Terdapat dua kumpulan yang mebentangkan hasil kajian mereka pada minggu ini iaitu kumpulan 1 dan kumpulan dua. Kumpulan 1 membentangkan hasil kajian mereka terhadap Keroncong dan kumpulan dua pula Kuda Kepang. Apa yang dapat saya perhatikan, kedua - dua kumpulan itu bersungguh - sungguh dalam mencari maklumat tentang tugasan masing - masing yang telah diberikan.

Asal usul muzik Keroncong ini di katakan berasal dari Jawa iaitu dibawa masuk ke Tanah Melayu semasa Portugis berkuasa di wilayah ini. Kumpulan 1 juga telah berjaya menjumpai persamaan antara muzik Keroncong dan Gamelan Degung. Persamaan yang dikatakan itu ialah, rentak kedua - dua muzik ini bercorak sederhana begitu juga dengan lagunya. selain itu, peralatan ensembel keroncong merupakan gabungan alat - alat dari luar seperti ukulele, gitar, biola, flute, selo, gitar hawai serta bes.

pembentangan kumpulan kedua menceritakan tentang kuda kepang. Kuda kepang merupakan kesenian Jawa di Negeri Johor yang sangat unik. Kuda kepang di anyam menggunakan buluh tanpa kaki. Alat muzik yang mengiringi tarian kuda kepang ialah angklung, gendang, gong, jidur, kenong, bonang dan saron kecil. Lagu kuda kepang dimainkan dalam pelbagai rentak perlahan yang menggambarkan kejinakan kuda ataupun irama. Pakaian penari pula ialah menggunakan pakaian tradisional Jawa Kuno seperti lengkap memakai ketopang, samping, dan badung. Seluar pula dijahit dengan kain kempun iaitu batik jawa.

0 comments:

Post a Comment

 

smp2252 Azirul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template