Tuesday, August 17, 2010

MINGGU 5 : REFLEKSI JURNAL

Assalamualiakum w.b.t

Pada minggu kelima ini kami telah mempelajari tentang Gamelan dan Caklempong. Pada pembelajaran kali ini saya berasa sangat teruja disebabkan dapat mencuba dan memainkan alat muzik gamelan bersama - sama rakan. Pengalaman meneyntuh dan bermain Gamelan merupakan kenangan yang terindah. Terdapat tiga aspek penting dalam mempelajari muzik gamelan iaitu sejarah dan jenis gamelan, alat muzik gamelan dan sistem tonal, melodi, bentuk dan tekstur. Gamelan berasal daripada jawa yang memberikan maksud dipukul atau ditabuh. Hal ini kerana muzik gamelan terdiri daripada gong dan kemudiannya bertambah mengikut peredaran zaman.

Terdapat dua jenis gamelan iaitu gamelan jawa dan gamelan melayu. Gamelan jawa berasal dari jawa tengah yang dibawa oleh orang jawa ketika penjajahan eropah. Gamelan melayu juga dikenali sebagai gamelan Terengganu dan dimainkan apabila adanya upacara perkahwinan, majlis rasmi diraja dan antara lagu gamelan melayu yang popular ialah timang burung, lambang sari, togok dan perang monggok.




Caklempong pula berasal daripada Minangkabau dan dibawa masuk ke Negeri Sembilan. Muzik ini biasanya dimainkan ketika berlangsungnya acara perkahwinan dan pencak silat. Alat yang dimainkan dalam caklempong ini iailah bonang yang merupakan sejenis alat muzik menyerupai gong namun saiznya lebih kecil dari gong. Greteh merupakan alat muzik yang utama dan merupakan 15 bonang - bonang yang disusun dalam satu set mengikut tangga nada.

Sauwa pula mempunyai persamaan dengan tingkah kerana ia juga memiliki lapan bonang dalam saru set atau satu papan. Terdapat juga alatan muzik dari jenis tiupan iaitu bangsi dan serunai Bangsi sejenis alat muzik yang seakan - akan rekoder diperbuat daripada buluh yang mempunyai tujuh lubang jari untuk menghasilkan nada yang sepadan dengan Greteh. Serunai pula diperbuat daripada tanduk dan hanya mempunyai tiga lubang.




Kesimpulannya, saya amat meminati muzik gamelan dan caklempong dan mengharapkan dapat berpeluang lagi untuk bermain muzik gamelan.
Teruskan Membaca...

Tuesday, August 10, 2010

MINGGU 4 : REFLEKSI JURNAL

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Kuliah minggu ke empat sangat menarik di sebabkan penerangan yang sangat memberangsangkan oleh pensyarah. Pada minggu ini kami telah mempelajari tiga perkara penting berkaitan wayang kulit iaitu jenis wayang kulit, alat - alat wayang kulit dan perbezaan antara wayang kulit. Wayang kulit terbahagi kepada empat jenis iaitu wayang kulit jawa, wayang kulit gedek, wayang kulit melayu dan wayang kulit kelantan.

Setiap wayang kulit itu mempunyai perbezaan tersendiri dan mempunyai nilai - nilai estetika dan maksud yang berlainan. Seseorang itu boleh dan dapat mengenal pasti sesuatu wayang kulit itu berdasarkan jalan cerita, alat muzik yang di gunakan, patung dan bahasa. Sebagai contohnya wayang kulit jawa, perbezaan yang ketara dalam wayang kulit jawa ini dengan wayang kulit yang lain melalui pergerakan patung itu sendiri iaitu kedua - dua sendi patung itu bergerak, bentuk mata patung, menceritakan tentang panji iaitu peperangan, alat muzik gamelan dan menggunakan bahasa jawa.

Wayang Gedek ialah sejenis persembahan yang dipersembahkan di Utara Semenanjung Malaysia seperti Kedah dan Perak. Wayang gedek menggunakan dialek kedah bercampur Thai. Peralatan yang di gunakan ialah gedombak, canang, gedok, gong dan tamborin. Wayang gedek menggunakan patung yang diukir halus serta berwarna - warni dan patungnya bersaiz kecil dan muka berposisi ke depan.





















Wayang kulit melayu dipengaruhi oleh wayang Purwa dari Indonesia. Cara pergerakan patung dalam wayang kulit melayu ini sama dengan wayang purwa. Sifat dan watak sesuatu patung itu bergantung pada kedudukan muka seperti patung watak baik ia akan tunduk ke bawah dan yang jahat akan mendongak ke atas. Wayang kulit melayu ini menggunakan bahasa jawa.





















Kesimpulannya saya amat tertarik dengan kuliah minggu ke empat ini dan saya mengaharapkan saya akan banyak mendapat ilmu berkaitan dengan muzik tradisional malaysia dan dapat mengaplikasikan dalam kehidupan.
Teruskan Membaca...

Tuesday, August 3, 2010

MINGGU 3 : REFLEKSI JURNAL3

Assamualaikum w.b.t

Pada minggu ini kami mempelajari kaedah klasifikasi muzik tradisional Malaysia, kategori muzik tradisional Malaysia dan ciri-ciri muzik tradisional Malaysia. Setiap minggu kami diberikan informasi - informasi berkaitan muzik tradisional Malaysia dan ini telah menarik minat ramai pelajar untuk mendalami dan memahami dengan lebih mendalam berkaitan muzik tradisional ini. Pada minggu ke 3 ini saya telah dapat mengetahui serba sedikit berkaitan dengan perspektif adaptasi dan idiosinkretik. Apa yang saya faham berkaitan perspektif adaptasi ialah berkaitan dengan kaedah penyesuaian yang mana alat muzik adalah disesuaikan dengan faktor persekitaran yang bertindak balas mengikut keadaan ekologi. Adaptional ialah berorganik atau benda yang sentiasa hidup dan ia dipengaruhi oleh budaya setempat dan juga menerima pengaruh muzik daripada luar. Manakala idiosinkretik pula ialah cara sesuatu tempat, kawasan dan negeri masing itu untuk mengekalkan budaya mereka tanpa mengubah ciri - ciri asal mereka.

Saya juga dapat mengetahui tentang ciri - ciri utama dalam muzik tradisional dan dibahagikan kepada dua iaitu tradisi besar dan tradisi kecil. Tradisi besar dapat saya huraikan sebagai budaya klasik dalam istana yang mana ianya banyak di mainkan oleh golongan sultan dan pembesar - pembesar raja. Tradisi kecil pula ialah budaya golongan masyarakat yang dimainkan oleh rakyat. Selain itu juga, terdapat enam ciri utama dalam muzik tradisional Malaysia iaitu bentuk seni lakon utama, bentuk tarian utama, ensembel genderang, vokal dan instrumental solo, ensembel sosial popular dan ensembel lain.

Pada kali ini saya akan mengetengahkan mengenai "Tarian Mak Yong". Mak Yong merupakan sejenis tarian melayu Tradisional. Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan,muzik vokal dan instrumental,lagu,cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama Mak Yong ini popular dinegeri Terengganu,Patani,Kedah serta Perlis. Mak Yong diasakan di Kerajaan Pattani yang kini merupakan sebahagian daripada Thailand. Oleh kerana ia di warisi secara lisan dikalangan kampung, usia sebenar Mak Yong tidak dapat dipastikan.

Sebagai kesimpulannya, melalui pembelajaran berkaitan muzik tradisional Malaysia ini telah membuka mata ramai pelajar tentang akan pentingnya mengetahui dan mempelajari muzik tradisional ini agar ia dapat diekalkan sebagai sebuah warisan yang gemilang.




Teruskan Membaca...

Tuesday, July 27, 2010

MINGGU 2 : REFLEKSI JURNAL


Setiap masyarakakat mempunyai muzik tradisional mereka tersendiri yang melambangkan sesuatu jati diri serta kebudayaan mereka miliki disamping terdapatnya nilai estetika dalam suatu seni muzik itu. Melalui pembelajaran muzik tradisonal ini saya yakin dan percaya bahawa lebih banyak lagi ilmu – ilmu baru berkaitan dengan muzik akan saya pelajari dan ini telah menarik minat saya agar mempelajarinya dengan lebih mendalam. Sebelum ini saya amat jarang mendengar muzik – muzik tradisonal dan ini menyebabkan saya kurang meminati muzik tradisonal serta kurang penghayatan dan tidak mengetahui nilai – nilai estetika dalam muzik tradisional itu sendiri. Setelah memasuki kelas muzik tradisional ini, saya telah mengetahui serba sedikit berkaitan dengan muzik tradisional dan ia banyak membantu saya untuk meningkatkan penghayatan terhadap muzik tradisional. Jika sebelum ini saya tidak mengetahui istilah, sejarah dan kategori sesuatu muzik telah menyebabkan saya tidak dapat mentafsir dan menentukan jenis – jenis muzik serta alat yang digunakan namun setelah selesai minggu kedua saya telah dapat memahami dengan lebih mendalam selepas penerangan yang di berikan oleh Encik Amran. Muzik tradisional yang saya anggap biasa sebelum ini sudah mula dianggap luar biasa kerana nilai – nilai estetika yang terdapat dalam muzik itu mampu menarik minat saya serta orang lain yang tidak tahu mengenai muzik itu sendiri.

Pada penglihatan saya, muzik merentasi adat dan budaya selain menggambarkan kepelbagaian masyarakat di Negara ini seperti Melayu, Cina, India termasuk etnik orang asli dan pribumi Sabah dan Sarawak. Penciptaan alat muzik tradisional dizahirkan melalui pemerhatian terhadap alam sekeliling dan dicipta menggunakan alam semula jadi seperti buluh, batu, tumbuh – tumbuhan dan tulang dibentuk menjadi peralatan bunyi – bunyian. Kepelbagaian alat muzik tradisional menggambarkan bahawa masyrakat majmuk di Malaysia mempunyai banyak khazanah seni. Sebagai contohnya, di negeri Sabah terdapat seni muzik tradisionalnya tersendiri iaitu “ Bertitik”. Betitik adalah salah satu kebudayaan suku kaum bajau sama dan dimainkan oleh hampir keseluruhan kaum Bumiputera di Sabah. Cara, irama dan melodi betitik adalah berbeza daripada satu daerah ke daerah lain. Namun, peralatan yang digunakan adalah sama iaitu Kulintangan dan cuma corak atau pembuatan kulintangannya sahaja berbeza iaitu diperbuat daripada gangsa ataupun perunggu. Alat – alat betitik ini terdiri daripada “Tawak, “Bandil”, “Kulintangan” dan “Gandang.” Terdapat enam orang pemain dikehendaki untuk memainkan alat – alat betitik ini, masing – masing dua orang untuk Tawak, seorang untuk Bandil, seorang untuk Kulintangan dan dua orang Gandang. Pada kebiasaannya pemain – pemain betitik ini terdiri daripada golongan yang agak berusia dan yang telah lanjut umur. Betitik ini lazimnya di mainkan ketika upacara kenduri kahwin.

Diharapkan dengan adanya kursus SMP2252 muzik tradisional ini akan mampu mencelikkan mata dan membuka minda para penuntut Universiti dan orang ramai tentang kepentingan menjaga,mengekalkan,mempelajari dan seterusnya mengkaji muzik tradsional ini agar khazanah warisan turun temurun tidak hapus dimuka bumi.








Teruskan Membaca...

Thursday, July 22, 2010

BIODATA

Nama

Mohd Azirul Bin Jemrin

No Matriks

D20081033478

Program

Pengajian Malaysia Dengan Pendidikan

Kumpulan

B

Semester

5

Subjek

Muzik Tradisional Malaysia

Email

jierul88@Gmail.com

Alamat Blog

http://smp2252jierul.blogspot.com/

Negeri Asal

Sabah

Foto





Teruskan Membaca...
 

smp2252 Azirul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template