Tuesday, October 26, 2010

MINGGU 12 : REFLEKSI JURNAL

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

pada minggu ini, kuliah muzik tradisional malaysia adalah berkenaan dengan Gendang 24 musim yang telah diasaskan oleh seorang guru muzik iaitu Encik Chen Wei Chong di Johor Bharu pada 12 Jun 1988. Alat muzik yang digunakan telah di import atau dibeli dari negara China. Muzik ini adalah berasaskan satu musim pertanian di negara China dan nama musim tersebut ditulis pada gendang dengan kaligrafi cina.

Secara amnya musim dikategorikan dalam empat musim utama iaitu musim bunga, musim panas, musim gugur dan musim dingin. Empat musim ini akan dibahagikan kepada 6 musim kecil. Musim kecil ini ada kaitan dengan jadual pekerjaan petani di negara China. Gaya persembahan gendang 24 musim ini dipenuhi dengan keunikan yang tersendiri. Semasa persembahan, pemain dram akan memakai kostum tradisional lelaki cina. Mereka juga menggunakan prop lain seperti topeng, bendera berwarna warni dan kain panjang berwarna. Persembahan ensembel ini tidak terhad kepada perayaan besar kaum cina sahaja, malahan turut dipersembahkan dalam majlis - majlis rasmi kerajaan.

Alat muzik yang digunakan dalam persembahan gendang 24 musim ini adalah 24 buah gendang shigu iaitu dram tarian singa. Terdapat juga persembahan yang menggunakan gendang longgu. Kedua - dua gendang ini hampir sama dan merupakan gendang besar berbentuk tong. Gendang ini mempunyai satu muka kulit kerbau atau lembu pada bahagian atas yang dipaku pada bahan kayu dengan paku besi. Di dalam gendang ini terdapat beberapa dawai besi seperti spring yang memberikan waran ton istimewa. Gendang ini diletakkan di atas rak kayu berkaki empat. Muka kulit gendang dipukul dengan menggunakan dua pemukul kayu.



Teruskan Membaca...

MINGGU 11 : REFLEKSI JURNAL

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Tanpa disedari masa terlalu berlalu dengan pantasnya dengan meninggalkan pelbagai kenangan suka duka dalam mempelajari muzik tradisional ini. Pada minggu ini iaitu minggu ke 11, tibalah masa yang dinanti - nanti oleh semua ahli kumpulan kami kerana kami akan membentangkan hasil kajian lapangan kami yang berkaitan dengan wayang kulit. Kami mempunyai ahli seramai 6 orang dan kesemua kami telah berusaha dengan sedaya upaya untuk mendapatkan keputusan dan hasil kajian yang sangat memuaskan dalam mengenali dan mengkaji wayang kulit ini. Sebagai makluman, kami telah pergi ke ASWARA untuk membuat kajian lapangan dan bertemu dengan seorang tok dalang yang tidak asing lagi iaitu Pak Nasir yang berasal dari Kelantan.

Ketika berada di ASWARA, kami mengambil kesempatan untuk bertanya dengan lebih dekat lagi berkaitan dengan wayang kulit dan ternyata ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh Pak Nasir amat banyak dan beliau dengan mudah menjawab segala persoalan yang kami ajukan. Buat pengetahuan semua, kami telah membahagikan tugasan - tugasan tertentu berkaitan dengan wayang kulit. Sebagai contohnya, saya telah mendapat tugasan berkaitan dengan wayang kulit melayu manakala yang 5 lagi menerangkan mengenai wayang kulit Kelantan, Gedek dan Jawa.

Pada hari pembentangan kami, kami telah meminta bantuan daripada staff - staff seni muzik untuk membuat demonstrasi wayang kulit sebelum bermulanya sesi pembentangan dari kumpulan kami. Secara jujurnya, kami berasa sangat terkejut dan bangga kerana staff - staff tersebut berjaya mendemonstrasikan wayang kulit dengan amat baik sekali. Syabas dan tahniah diucapakn kepada mereka dan setinggi - setinggi perhagaan kami ucapakan kerana sudi membantu kumpulan kami.

sekiranya rakan - rakan mempunyai permasalahan berkaitan dengan wayang kulit, rakan - rakan semua bolehlah melayari blog kumpulan kami iaitu http://wayangkulitsmp2252.blogspot.com/
Teruskan Membaca...

Monday, October 25, 2010

MINGGU 10 : JURNAL REFLEKSI

Masa berlalu dengan pantasnya, tanpa disedari kita telah sampai pada Minggu ke 10. Pada minggu ini kami telah menyaksikan pembentangn daripada kumpulan Orkestra Cina Moden. Persembahan mereka sangat menarik kerana kami dapat menyaksikan sendiri kajian lapangan mereka ke tempat orkestra cina dengan alat muzik yang sangat unik.

Sejarah awal muzik cina. Bangsa cina memiliki kekayaan budaya muzik yang telah wujud dan berkembang sejak zaman dahulu lagi. Hal ini dapat dibuktikan dengan penemuan alat muzik yang dikenali sebagai "Jiahu" yang merupakan alat muzik tertua didunia dan diperbuat daripada tulang binatang kira - kira 7000 tahun S.M. Selain itu, muzik juga menjadi elemen penting dalam upacar ritual tradisional selama Dinasti Shang (1550-1111 SM) dan mencapai kegemilangannya dalam Dinasti Zhou (1111-22 SM) kerana mengalami perkembangan alat perkusi atau genderang yang banyak digunakan ketika itu. Sekitar abad ke 19, tradisi muzik cina mulai terpengaruh dengan tradisi muzik Eropah. Mereka mulai diperkenalkan dengan alat muzik barat, orkestra simfoni dan konsert opera barat. Banyak pertunjukkan mulai di buat di Cina sehingga masyarakat cina membuat modenisasi dalam muzik mereka.

Alat muzik orkestra cina moden terdiri daripada 4 bahagian utama dan dikategorikan mengikut cara mereka bermain. Bahagian tersebut ialah:
  1. Bowed strings - bermain dengan cara gesekan
  2. Plucked strings - bermain dengan cara petikan
  3. Woodwinds - alat tiup kayu
  4. Percussion
Orkestra cina moden atau dikenali sebagai "Hua Yue Tuan" menggabungkan elemen cina dan barat. Orkestra ini menggunakan gubahan lagu - lagu tradisional cina dan lagu rakyat melayu yang segar dan baru menggunakan sistem harmoni barat menampilkan muzik komtemporari menciptakan identiti rakyat Malaysia. Muzik cina dibina menggunakan sistem harmonik yang benar - benar konsisten dan bertindak mengawal perkembangan melodi, pergerakan kord serta sistem orkestra mereka.

Sebagai kesimpulannya, orkestra cina moden ini popular dalam kalangan penduduk cina di Malaysia kerana mempunyai bunyi muzik moden namun masih mengekalkan karekternya. Sesiapa sahaja mampu mengenal karektaer bunyinya.
Teruskan Membaca...

Sunday, October 3, 2010

MINGGU 9: REFLEKSI JURNAL

Assalamualikum dan salam sejahtera serta salam aidilfitri. Pada minggu ke sembilan ini saya telah berkesempatan untuk mempelajari serba sedikit berkaitan dengan Mak Yong. T. Akierdapat pelbagai pendapat mengenai kedatangan muzik mak yong antaranya ialah lagenda yang biasanya dikaitkan dengan semangat padi yang bertujuan untuk menghormati,memuja, mengubati penyakit dan tanda kesyukuran apabila mendapat hasil tuaian padi. Mak Yong juga dikatakan berasal dari kisah dua orang adik beradik yang berkerja sebagai penjaga lembu. Kisah ini bermula apabila dua adik beradik ini merasa terpesona dengan tiupan angin yang lemah lembut ke atas pokok kayu disekitar padang itu. Gaya tarian dalam Mak Yong ini dihasilkan melalui gerak geri dahan, liuk lintuk ranting, serta gaya daun luruh yang berguguram ke bumi.

Sesuatu persembahan Mak Yong itu dimulakan dengan lagu "mengadap Rebab" diikuti dengan tarian, lakonan dan muzik dan ianya dilakukan dipanggung terbuka yang berlatarkan daun kelapa. Mak Yong mengalami kejatuhan apabila berlakunya kemerosotan nilai moral penari - penari seperti berlakunya perkara sumbang dengan penonton serta penceraian yang berlaku. Mak Yong terbahagi kepada 7 jenis iaitu:

1) Mak Yong Patanu
2) Mak Yong Kelantan
3) Mak Yong Kedah
4) Mak Yong Laut
5) Mak Yong Riau
6) Mak Yong Medan
7) Mak Yong Kalimantan

Alat muzik yang dimainkan dalam Mak Yong ialah rebab tiga tali, sepasang gendang, tetawak, canang, kesi dan serunai. Kostum bagi Makyong dan Pakyong ialah berbaju sempit, seluar diperbuat daripada kain satin yang dipadankan dengan kain samping labuh. Bahagian dada pula dihiasi sibar layang atau manik halus berwarna warni.

Secara keseluruhannya, muzik Mak Yong ini amat menarik dan diharapak ianya terus berkemabng agar tidak dilupakan pada generasi akan datang.
Teruskan Membaca...

Tuesday, September 28, 2010

MINGGU 8 : REFLEKSI JURNAL

Pada minggu ke 8, telah membincangkan mengenai muzik dramatari iaitu menora.Pada saya, persembahan atau pembentangan kali ini sangat menarik kerana saya langsung tidak mempunyai ilmu dan kefahaman berkaitan muzik menora sebelum ini. Di kesempatan ini juga saya berpeluang untuk mengambil isi - isi penting berkaitan dengan muzik menora.

Mengikut kumpulan yang membentangkan mengenai muzik menora ini dapat saya ketahui bahawa muzik menora ini berasal dari Songkla, Thailand. Menora begitu popular di wilayah - wilayah selatan Thailand dan sehingga kini ianya masih di mainkan dan sangat aktif terutamanya di kawasan Tumpat dan Bachok Kelantan. Cerita dalam menora ini adalah berasaskan cerita Puteri Sri Mala. Menora di mainkan mengikut cara Buddha di istana dan mempunyai bacaan mantera serta ianya banyak dimainkan di kuil sebagai acara keagamaan.

Sebelum memulakan persembahan, pemimpin kumpulan itu akan mengadakan acara persembahan yang bertujuan untuk mendapatkan perlindungan keselamatan ketika menjalankan persembahan. Apabila tamatnya upacara persembahan, nyanyian daripada pelakon lelaki dan perempuan dimulakan dan nyayian itu adalah bersandarkan kepada cerita yang ingin dipersembahkan. Nyanyian dimulakan oleh pelakon perempuan dan diikuti oleh pelakon lelaki. Nyanyiannya lambat dan saling sambut menyambut. Kedua - dua pelakon itu berada dibelakang tirai dan pada masa ini muzik di mainkan mengiringi kedua - dua penyanyi itu. Persembahan muzik menora ini di akhiri dengan nyanyian dan tarian hingga tamatnya cerita itu.

Di akhir pembentangan itu, saya telah mendapat berbagai - bagai sumber maklumat yang amat berguna. Di harap semua kumpulan dapat membentangkan kerja mereka dengan baik seperti kumpulan M.I.N.D.A
Teruskan Membaca...

Thursday, August 26, 2010

MINGGU 7 : REFLEKSI JURNAL

Assalamualaikum w.b.t

Syukur kepada Tuhan yg Esa, pada minggu 7 ini kami telah menjalankan satu tugasan yang diberikan oleh pensyarah En Amran dan di arahkan untuk membentangkan hasil kajian yang diperolehi. Terdapat dua kumpulan yang mebentangkan hasil kajian mereka pada minggu ini iaitu kumpulan 1 dan kumpulan dua. Kumpulan 1 membentangkan hasil kajian mereka terhadap Keroncong dan kumpulan dua pula Kuda Kepang. Apa yang dapat saya perhatikan, kedua - dua kumpulan itu bersungguh - sungguh dalam mencari maklumat tentang tugasan masing - masing yang telah diberikan.

Asal usul muzik Keroncong ini di katakan berasal dari Jawa iaitu dibawa masuk ke Tanah Melayu semasa Portugis berkuasa di wilayah ini. Kumpulan 1 juga telah berjaya menjumpai persamaan antara muzik Keroncong dan Gamelan Degung. Persamaan yang dikatakan itu ialah, rentak kedua - dua muzik ini bercorak sederhana begitu juga dengan lagunya. selain itu, peralatan ensembel keroncong merupakan gabungan alat - alat dari luar seperti ukulele, gitar, biola, flute, selo, gitar hawai serta bes.

pembentangan kumpulan kedua menceritakan tentang kuda kepang. Kuda kepang merupakan kesenian Jawa di Negeri Johor yang sangat unik. Kuda kepang di anyam menggunakan buluh tanpa kaki. Alat muzik yang mengiringi tarian kuda kepang ialah angklung, gendang, gong, jidur, kenong, bonang dan saron kecil. Lagu kuda kepang dimainkan dalam pelbagai rentak perlahan yang menggambarkan kejinakan kuda ataupun irama. Pakaian penari pula ialah menggunakan pakaian tradisional Jawa Kuno seperti lengkap memakai ketopang, samping, dan badung. Seluar pula dijahit dengan kain kempun iaitu batik jawa.
Teruskan Membaca...

Wednesday, August 25, 2010

MINGGU 6 : JURNAL REFLEKSI





Mak Yung adalah salah satu muzik dramatari. Mak Yung sangat terkenal di negeri Kelantan. Sebelum ini saya langsung tidak mengetahui tentang keunikkan dramatari Mak Yung ini namun setelah mempelajarinya telah menarik minat saya untuk mengetahui dengan lebih dalam lagi.

Mak Yung berasal dari Patani yang merupakan sebahagian daripada Thailan. Mak Yung telah di bawa masuk ke Kelantan lebih 200 tahun dahulu dan ianya dikembangkan ke Kedahdan negeri - negeri lain. Watak - watak yang terdapat dalam persembahan dramatari Mak Yung ini ialah, Pak Yung dan Pak Yung Muda, Mak Yung dan Puteri Mak Yung, Peran Tua dan Peran Muda, Tok Wan sebagai ahli nujum dan tukang. Terdapat banyak lagu yang dimainkan dalam Mak Yung ini dan antaranya mengadap rebab, lagu ela, mengulit Raja nak tidur, jembar, timang welu atau kijang emas.

Terdapat lima jenis persembahan Mak Yung iaitu Mak Yung Patani, Mak Yung Kelantan, Mak Yung Kedah, Mak Yung Laut dan Mak Yung Riau. Alat muzik yang dimainkan dalam persembahan Mak Yung ialah gendang, tawak, rebab tiga tali, serunai, geduk dan canai.







Kompang.

Kompang merupakan alat muzik yang diketuk atau dipalu. Ianya dimainkan oleh sebilangan orang yang membentuk satu kumpulan. Kompang biasanya dapat dilihat ketika majlis perkahwinan dan acara rasmi seperti menyambut kedatangan tetamu jemputan dalam sesuatu majlis.

Kompang diperbuat daripada kuli kambing betina. Di tepi kompang diselitkan seurat rotan diantara kuit dan bingkai kayu bertujuan untuk menegangkan permukaan kompang dan menguatkan bunyi kompang. Kompang berasal dari tanah Arab dan telah dibawa masuk ke Tanah Melayu pada abad ke 13 melalui pedagang - pedagang arab. Terdapat empat jenis kompag iaitu kompang Hadrah, kompang Johor/Jawa, kompang Eizhar dan kompang Kelalang.


Teruskan Membaca...
 

smp2252 Azirul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template